Kelas E-learning - eKelas dan Digital Literacy – Check Your Label, E-waste & Klik Dengan Bijak
20 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 19 Januari 2019 (Sabtu) yang lalu, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas e-learning iaitu eKelas dan Digital Literacy kepada ahli-ahli PI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mengalakkan pelajar menggunakan portal eKelas, memperkenalkan guru-guru yang akan mengajar subjek tertentu dan mendidik pelajar mengenai advokasi.
Pelajar yang mengikuti kelas e-learning telah diminta untuk menumpukan perhatian ke arah Smart Board di bilik latihan PI Melugu kerana guru-guru akan menerangkan subjek yang akan dipelajari sepanjang tahun 2019.
Dalam segmen Check Your Label, peserta digalakkan supaya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan. Mereka juga diajar untuk mengenalpasti label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan serta melalui label MCMC pada peralatan elektronik mereka.
Pelajar turut diterangkan mengenai maksud e-waste iaitu semua jenis peralatan elektrik dan elektronik serta bahagian-bahagiannya yang telah dibuang oleh pemilik sebagai bahan lupus. Mereka dididik mengenai kesan e-sisa dan cara untuk mengitar semula e-sisa secara selamat. Dalam segmen Klik Dengan Bijak, pelajar ditekankan tentang maksud klik dengan bijak dimana mereka didedahkan dengan isu-isu semasa yang terjadi pada masa kini dan cara untuk melayari maklumat secara berhemah serta dapat memberi manfaat kepada pembelajaran mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: